Dalam
kimia,
penyerapan ialah
fenomena fizik atau kimia atau
proses yang dalamnya
atom,
molekul, atau
ion memasuki sebarang fasa pukal – bahan
gas,
cecair atau
pepejal. Ini merupakan proses berbeza daripada
penjerapan, oleh sebab molekul-molekul yang melalui penyerapan diambil kira dengan isi padu, bukan dengan permukaan (seperti yang dalam penjerapan). Istilah lebih am ialah
sorpsi, yang meliputi penyerapan,
penjerapan, dan
pertukaran ion. Penyerapan ialah keadaan yang dalamnya sesuatu menggantikan suatu bahan lain.
[1]Dalam banyak proses yang penting dalam teknologi, penyerapan kimia digunakan bagi menggantikan proses fizik, contohnya, penyerapan karbon dioksida oleh natriUm hidroksida – proses-proses asid-bes sedemikian tidak mengikuti hukum sekatan Nernst.Untuk sesetengah contoh bagi kesan ini, lihat
penyarian cecair-cecair. Penyarian daripada satu fasa
cecair kepada satu lagi
zat terlarut adalah mungkin tanpa tindak balas kimia. Contoh bagi zat-zat terlarut demikian ialah
gas adi dan
osmium tetroksida.
[1]Proses penyerapan bererti bahawa sesuatu bahan menangkap dan mentransformasikan tenaga. Zat penyerap mengagihkan bahan yang ditangkap olehnya secara menyeluruh dan zat penjerap hanya mengagihkannya melalui permukaan. Warna kemerah-merahan tembaga ialah satu contoh bagi proses ini oleh sebab ia disebabkan oleh penyerapan cahaya biru.
[2]